Kehadiran Windows 8 daripada Microsoft
sendiri mendapat reaksi positif dan negatif. Windows 8 yang dioptimumkan
untuk skrin sentuh masih lagi relevan diguna pakai untuk pengguna
desktop biasa.
Sebagai pengguna tegar Windows, banyak
kelebihan yang ada pada Windows 8. Buat masa ini saya tidak merasa
kurang senang dengan Windows 8 malahan lebih memudahkan saya membuat
kerja, memain media dan lain-lain. Pengguna baru mungkin akan merasa
sukar untuk minggu pertama. Namun insyaAllah akan dapat biasakan diri.
^_^
Langkah 1 : Boot Windows 8 dari DVD/USB
Langkah 2 : Pilih Time and currency format. Disarankan memilih format English (Malaysia)
Langkah 3 : Klik Install now
Langkah 4 : Pilih versi
Windows yang anda mahukan. Bagi komputer baru, disarankan menggunakan
versi x64. Pilihan ini hanya ada pada beberapa versi Windows sahaja.
Langkah 5 : Tanda pada I accept the license term dan klik Next
Langkah 6 : Pilih Custom: Install Windows only (advance).
Anda tidak disarankan untuk memilih Upgrade. Antara sebabnya Upgrade
mengambil masa yang agak lama berbanding memasang yang baru dan kesemua
softwarenya.
Langkah 7 : Klik pada
drive harddisk anda. Rajah dibawah adalah pilihan jika anda masih tidak
mempunyai Operating System/Partition di harddisk anda.
Langkah 8 : Klik pada Drive options (advanced) dan paparan untuk tetapan harddisk akan muncul. Klik New untuk membuat partition baru. Tetapkan saiz parition yang anda mahukan. Eg; 10000 MB = 10GB. Klik Apply. Beberapa partition akan dibina setelah anda membuat partition baru. Abaikan dan set partition yang lain pada bahagian Unallocated Space.
Langkah 9 : Paparan
dibawah akan wujud sekiranya anda telah ada partition. Pastikan anda
memilih partition yang betul untuk di format, klik Format.
Langkah 10 : Sahkan untuk format partition anda dengan klik OK. Pastikan anda telah memilih partition yang betul. Kesemua data dalam partition tersebut akan dibuang. Klik Next dan proses pemasangan akan bermula.
Langkah 11 : Pemasangan mengambil masa sekitar 15-30 minit. Komputer anda akan Restart beberapa kali.
Langkah 12 : Setelah pemasangan selesai, anda akan diberi pilihan warna latar. Pilih warna yang anda mahukan. Masukkan PC name anda menggunakan format Nama-PC. Eg; User-PC/Kauthar-PC. Penggunaan -PC adalah untuk membezakan antara nama PC dan nama akaun pengguna.
Langkah 13 : Pilih Use express settings pada bahagian Settings
Langkah 14 : Pilih Use Local Account dan masukkan User name anda.
Langkah 15 : Animasi tutorial penggunaan Windows 8 akan berjalan dalam masa satu minit. Tunggu sehingga selesai.
Langkah 16 : Windows 8 anda sedia digunakan. Untuk menggunakan paparan desktop biasa tekan pada tile Desktop.

















0 komentar:
Posting Komentar